Novel Sepi Sebuah Cinta


BAB 1

“Hei Risha, tunggulah aku dulu. Hish kau nie!! Apasal nak cepat sangat?”
     Aku terus berhenti sebaik sahaja terdengar panggilan daripada sahabat karibku,Hazirah yang sentiasa bersamaku dikala susah dan senang. “Irah, aku nak cepat ni, baru dapat kerja. Happy gila ni.. Aku hendak bagi tahu ayah aku ni..”kataku dalam keadaan tergesa-gesa.
“Hah, kau dah dapat kerja?? Sampai hati kau tak beritahu aku. Bencilah macam nie.” Ujarnya seakan-akan terasa dengan perbuatanku yang membelakanginya. Kejamkah aku??  Perasaan bersalah mula menjalar dalam diriku tika ini..
“Ala, aku mintak maaf okey. Sebenarnya aku malu nak beritahu kau. Yelah, setakat kerja basuh pinggan manalah nak dibanggakan. Aku ni bukannya kaya, boleh pergi sekolah macam orang lain. Kalau ikut kehendak aku, nak aje pergi tapi kau tahukan keluarga aku macam mana. Ayah aku pulak perlukan ubat untuk sembuh dan sememangnya aku memerlukan duit sekarang, kalau aku pergi belajar sekalipun belum tentu akan berjaya setelah aku tinggalkan dunia pelajaran empat tahun yang lalu.” kataku dalam suara yang ditahan-tahan dalam sedu. Hazirah mengeluh. Aku mendengar keluhan yang amat berat diluahkanya.
“Risha, aku mintak maaf okey, kalau ikutkan aku, aku memang nak sangat tolong kau tapi kau tahukan aku macam mana. Hidup aku sendiri bagaikan lembu dicucuk hidung, wajib ikut kata-kata mak dan ayah aku. Langsung tak boleh melawan..”
“Kau jangan kisah lah, it’s still okey, aku boleh uruskan sendiri.. Eh, aku satu lagi berita gembira ni.. Nak dengar tak??” nadaku kembali bertukar ceria dan teruja untuk melihat reaksi rakanku yang satu itu..
“Nak dengar tak, eh?? Emmm, nanti kejap nak fikir, nak dengar tak eh?? ”usik Hazirah..
“Alah, dengarlah Irah...” aku menjadi hairan mengapa berlaku pertukaran reaksi pula.. Lain yang aku harapkan lain pula jadinya.. Ah, lantaklah yang pasti dia akan terkejut sejurus mendengar berita ini nanti.. Hatiku meyakinkan.. Ya, aku pasti dia akan terkejut nanti.. Lantas, senyuman manisku terukir dengan sendirinya.. Atau lebih tepat senyuman menggoda..
“Eah, jangan buat macam tu lah. Aku ni bukannya lelaki kau nak senyum macam tu.. Okey, fine tell me..”
“Okey, macam ni, beritanya adalah esok aku akan masuk kerja kan.... ”
“Ya..... So??” ‘Hisyyhhh dia ni tak ada persaan ke apa??’ hatiku mengomel sendirian..
“Aku kerja dekat tempat kau.....!!!!!!” nadaku sedikit tinggi lagaknya itu adalah berita terkejut yang membuatkan semua orang terkejut dan ternanti-nanti... Walhal... Tidak pun... Huh..
“Hish, aku mane kerja lagi. Kau ni kan saje je. Cepatlah aku serius ni.” ‘Apa punya kawanlah dia ni... Huh.. Susah betul nak faham sekolah dah tinggi-tinggi baru cakap macam ni dah tak faham.. Leceh betul..’ hatiku mengumam sendirian..
“Betul lah, aku kerja dekat tempat kau belajar, SEKOLAH. Get it??” Hazirah kelihatan seakan tercengang dengan kenyataan yang aku luahkan sebentar tadi..
“ Hah, kau serius ke ni?? Tak main-main??............. Wow, akhirnya dapat jugak lah aku jumpa kau 24 jam taklah macam sekarang ni, hari minggu aja. Tu pun kadang-kadang..”
“Tu lahkan. Tak sabar rasanya. Tapi, aku takut lah Irah... Kau kan tahu aku kan kerja kat sekolah orang kaya. Nanti macam mana??”
“Tak apa, yang tu kau jangan risau, aku akan sentiasa mendampingi kau nanti, kalau diorang tak sukakan kau, kau jangan kisah, aku tetap setia menjadi kawan kau untuk selamanya, di dunia dan di akhirat.” Hatiku menjadi sayu mendengarnya..
“Kau ni kan.. Sayangnya aku kat kau.. Bangga aku sebab ada  kawan macam kau. Sayangnya aku kat kau.” Aku terus memeluk Hazirah. Sekali lagi, taman permainan di kawasan perumahan kami menjadi saksi persahabatan kami. Di situ juga, Hazirah berjanji untuk menjagaku sehingga aku menggapai impian aku yang selama ini yang aku impikan iaitu kebahagiaan.
“Eah, kalau kau nak tahu dekat sekolah aku ada seorang mamat ni, punyalah hensem.. Hensem nak mampus.. Sungguh hatiku sudah terpaut padanya..”
“Dah-dahlah... Jangan nak bnerdramatik dekat sini... Yang kau jadi gatal ni kenapa?? Dah gatal sangat nak kawin ke?” sindirku.
“Eh, tak ada maknanya. Nanti tak pasal-pasal aku dibawa sekaligus diikat di pokok rambutan yang penuh dengan kerengga tu. Tak sanggup aku..”
“Hah, tau tak per.” Aku dan Hazirah sama-sama ketawa apabila terbayangkan betapa garangnya ayah Hazirah apabila mendapat tahu permintaan Hazirah yang dianggap cukup tidak logik apabila meminta ayahnya untuk dikahwinkan. Selepas daripada itu, Hazirah tidak lagi sanggup untuk meminta apa-apa daripada ayahnya dan peristiwa itu juga telah menjadi pengajaran dan titik hitam dalam hidupnya.
“Eh, Irah aku dah nak balik ni.”
“Alah, tunggu la kejap lagi. Kita baru aje jumpe takkan dah nak balik.”
“Kau kata sekejap, huh dah nak dekat sejam dah ni, hari dah nak senja ni. Dahlah aku nak balik nanti marah pulak ayah aku. Esok dah nak mula kerja.”
“Semangat betul kau ni kan. Bangganya aku dapat kawan macam kau ni... Insyallah berkat kau ni kelak akan meberikan keuntungan pada kau.. Muda-muda lagi dah kerja.. Kau memang perempuan yang kuat dan tabah, Risya..”
“Huh, kau ni kan bab mengayat nombor satu. Nanti tak pasal-pasal kembang hidung aku, sama saiz dengan lesung batu dekat rumah aku tu baru kau tahu..”
Aku dan Hazirah sama-sama ketawa. Hari ni merupakan hari yang amat menggembirakan bagi kami.
“Eh , okeylah aku nak balik, nak bagi ubat kat ayah aku. Ayah aku tu bukannya nak ingat time-time bila nak makan ubat ni..” bebelku sendirian..
“Okey, jaga diri tau. Bye.”
 
“Risya betul ke nak kerja dekat sekolah Hazirah tu?? Tak membebankan ke? Ayah kesian tengok  kamu, terpaksa berhenti belajar semata-mata mahu mengubati penyakit ayah ni! Ayah rasa lebih baik ayah mati saja!!” Aku mula menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mencari kekuatan diri agar dapat menghadapi situasi ini dengan lebih tenang.
“Ayah tolonglah jangan cakap macam ni. Risya buat semua ni hanya untuk ayah. Risya dah tak ada sesiapa lagi. Kebahagiaan Risya adalah untuk melihat ayah sembuh. Risya tak mahu hidup keseorangan lagi selepas Risya kehilangan ibu. Risya tak ada sesiapa lagi dah.”kataku dalam nada sebak.
“Kesian Risya muda-muda lagi terpaksa menghadapi dugaan seberat ini. Ayah amat bersyukur kerana mempunyai anak yang bertanggungjawab seperti Risya ni. Bersyukur sangat. Ayah juga mintak maaf jika kasih sayang ayah tidak dapat menyamai kasih sayang seorang ibu. Tapi ayah telah cuba sedaya upaya untuk menjadi ayah yang baik dan juga ibu yang penyayang pada kamu..”
“Ayah!! Ayahlah orang yang terbaik yang pernah Risya ada. Jadi, Risya tak mahu orang yang Risya sayang sedih macam ni..”
“Tapi, ayah cuma nak kamu cari kebahagiaan kamu.”
“Ayah, kebahagiaan Risya untuk melihat ayah sembuh dan bergembira dan hanya itu sahaja yang akan buat Risya bahagia.”
‘Tapi...”
“Ayah! Tak ada tapi-tapi sebab Risya memang nak melihat ayah Risya sembuh dan itu merupakan kebahagiaan Risya. Kalau ayah nak tahu, Risya lah orang yang paling bahagia.”
“Ayah... ayah mintak maaf.”
“Ayah tak perlu mintak maaf sebab ayah tak buat salah pada Risya. Ayah, ayah lah orang boleh membahagiakan Risya. Risya mintak maaf  jika kata-kata Risya sebentar tadi telah  mengguris hati ayah.’
“Tak! Risya tak pernah melukai hati ayah, sayang.” Hatiku sedikit lega melihat ayahku yang kembali tenang sedikit..
“Ayah, Risya nak pergi solat ni. Ayah duduk dahulu, okey.” Aku melemparkan senyuman yang cukup manis buat ayahku yang tersayang.
“Pergilah, nanti lewat pula.” Ayah juga turut membalas senyumanku.
“Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya. Sesungguhnya aku amat memerlukan doronganmu untuk mengembalikan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Ya Allah, aku amat berharap kepada mu, kau berikan ayahku peluang untuk meneruskan hidupnya dan jika aku sebagai galang gantinya, aku sanggup, ya Allah demi melihat ayahku kembali seperti biasa.”
Aku memanjatkan doa seusai menunaikan solat Isyak. Sesungguhnya, aku rasa amat tenang dan lebih yakin untuk meneruskan perjuangan hidup sebagai anak dan aku akan bekerja keras untuk menyembuhkan penyakit ketumbuhan ayahku yang tidak terlalu serius iaitu pada tahap permulaan.. Aku kemudian mula mengatur langkah ke katilku yang beralaskan tikar dan berselimutkan kain batik. Pada mulanya, aku tidak selesa dengan keadaan ini tapi aku harus redha dan bersyukur dengan apa yang ada. Kepalaku mula terasa berat, mataku mula berpinar-pinar. Akhirnya, aku terlena dibuai mimpi. Semoga kebahagian akan menjadi milikku nanti.

Ayah, Risya dah lewat dah ni! Kenapa tak kejutkan Risya??” aku mula membebel kerana lewat bangun untuk bersedia ke sekolah di mana tempat kerjayaku bermula iaitu dengan mencuci pinggan. Kalau dari segi pendengaran orang sememangnya agak aneh kerjaya bermula melalui mencuci pinggan mangkuk tetapi itulah hakikatnya yang harus aku terima.. Dan yang paling penting tidak semestinya kerjaya melalui ini akan menjadi susah hingga ke akhir hayat.. Ya, itulah bait-bait ayat yang bermain di mindaku yang membolehkan aku untuk terus hidup di muka bumi ini..
“Alah, ayah tengok Risya tidur nyenyak sangat. Tak sampai hati nak kejutkan.”
“Ayah! Senyenyak mana pun Risya tidur, ayah memang dah tahu kan, Risya memang liat nak bangun. Ayah tahukan, kalau bom meletup pun belum tentu Risya dengar atau tak.”
Ayah ku mula ketawa berdekah-dekah.
“Hish, ayah orang dah lewat boleh pulak dia ketawa. Okeylah Risya pergi dulu.”
“Baiklah, hati-hati ya.”
“Risya pergi dahulu. Ingat makan dulu baru makan ubat tau. Risya dah buat lempeng kelapa bawah tudung saji tu. Assalamualaikum.”
“wa’alikumusalam”
Aku mula bergegas keluar daripada rumah dalam keadaan tergesa-gesa ‘Hish, dahlah bangun lewat. Lepas tu buat sarapan lagi. Sekarang tengok pukul berapa?? Macam mana ni?? Mintak-mintak lah aku tak dimarahi bos dan janganlah aku dipecat lagi ya Allah.’ gerutuku sendiri. Sekarang ni aku bekerja untuk kali kelima. Semuanya tempat tempat yang aku bekerja tidak berpuas hati akan hasil kerjaku. Geram betul aku, tapi aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak dipecat kali ini.
“Risya! Dah ada duit ke belum?” aku terdengar di corong telinga aku, ayahku sedang memanggil ku dengan kuat.
“Tak apa, Risya dah ada.”
“Okey, hati-hati ya sayang.”
“Okey, see you later. Muahh.” Aku mula membuat gaya flying kiss dengan begitu manja kepada ayahku tersayang. Kalau nak tahu, aku juga sekarang ini sedang belajar serba sedikit bahasa Inggeris daripada Hazirah. Macam mana, hebatkan?? Tapi masih ada juga perkataan yang juga sukar untuk aku faham. Tapi, aku gembira kerana masih dapat belajar serba sedikit pelajaran yang sukar difahami oleh orang lain. Aku mula mengatur langkah untuk ke pengangkutanku yang paling berharga iaitu basikal. Hurmm... aku kemudian mengayuh basikalku dengan laju dengan harapan dapat sampai ke destinasi yang ingin aku tuju dengan cepat dan selamat.


BAB 2

‘Cepat, cepat, cepat, cepat..’ Gerutuku. Sekarang jam sudah menunjukkan aku hanya ada 15 minit sahaja lagi untuk sampai ke sekolah. Dalam jarak sebegini aku rasa aku pasti akan lewat ‘Arghhh!!! Tensionnya.. Aku mula mengayuh basikalku dengan laju dengan harapan dapat sampai dengan cepat. Pichhhhh!!! Oh, no,no,no,no.... Baju aku... Kurang asam punya kereta.. Siapalah yang memandu tu tidak reti nak pandang kiri kanan ke?? Melampau betul.. Aduh, macam mana ni?? Baju aku.. Mataku mula terpandang akan kereta yang berjaya memercikkan lopak air yang sememangnya kotor itu ke arahku bahkan langsung tidak menunujukkan sebarang tanda mahu berhenti.. Pemandu tu tak tahu nak berhenti ke, mintak maaf ke apa ke?? Ni, aku mula fed-up ni.. Aku mula mengambil seketul batu lalu melontarkannya ke arah kereta tersebut yang telah menyebabkan bajuku kotor akibat terkena air yang telah dipercikannya kepadaku.. Dumm!! Yess, lontaranku tepat.. Cayalah Risya pasti kereta tu akan berhenti hasil lontaranku itu.. Padan muka kau.. Rasakan nak main kasar sangat dengan aku.. Dari ekor mataku,aku dapat lihat seorang jejaka yang mula mengatur langkah ke arahku dengan bergaya sekali.. Kalau sekali pandang memang tidak puas.. Alahai, mamat ni.. Hensem gila...!!
“Hei, do you realise what you have done to my car??” marah mamat di hadapanku ini sekaligus menamatkan lamunanku sebentar tadi..
“Oh yeah?? Habis baju saya ni?? Siapa nak bertanggungjawab??” ujarku dengan suara yang mula meninggi.. Harap aja muka hensem, tapi sayang lansung tidak ada budi bahasa.. Sombong betul mamat ni.. Maklumlah orang kayalah katakan.. Bosan betul aku dengan orang yang macam ni.. Tanpa aku sedari, tanganku sudah berada di dalam gengamannya saat aku mahu melangkah pergi.. Aku tergaman dengan aksi spontan yang ditunjuknya..
“Hei, lepaskan saya lah!! Awak ingat saya ni apa boleh dipegang-pegang seenak-enaknya.. Saya bukan macam perempuan yang diluar sana yang senak-enakknya boleh dipegang.. So, my hand please.. ” bentakku kepadanya..
“Kenapa??  Sekarang ni pun saya pegang awak ni pun bersebab.. Sebabnya awak dah rosakkan kereta saya.. Kalau ikutkan saya, tak mahunya saya nak pegang awak ni..Okey, sekarang mana ganti ruginya?? Dahlah badan awak berbau.. Kalau ya pun awak ni orang miskin takkanlah awak tak pandai nak uruskan diri.. Eeee!!! Busuknya!!” sindirnya kepadaku.. Aku menjadi semakin berapi mendengar sindirannya itu..
“Apa?? Awk kata saya busuk?? Sedar sikit saya ni bau wangi tahu tak?? Hidung awak aja tersumbat!! Sekarang semua keindahan bau wangi saya semua dah hilang…sebab awak tahu tak?? SEBAB  AWAK!!!
“So?? Should I care??”
“Saya tak kira,sekarang ni awak kena jugak bayar,sekarang!”
“Wekkkk… Tak nak!! Aku mula membuka langkah seribu meninggalkan mamat yang sombong dan yang bongkak itu dalam keadaan tergesa-gesa..
“Hei, aku tak kira, jika aku jumpa kau, siap kau!! Aku akan pastikan kau takkan terlepas..” aku dengar mamat itu laungannya yang berbaur amaran itu.. ‘Huh, peduli apa aku.. Dia yang mulakan dahulu, kalaulah dia tidak  kotorkan baju aku tak teringinnya aku nak rosakkan kereta si bongkak sombong tu. Aku terus berlalu meninggalkan mamat tu dengan hati yang sebal. Mood aku untuk bekerja serta merta menjadi hilang gara-gara mamat tu.

Aku mula memakirkan basikalku di tempat parkir basikal yang berhampiran. Di sini aku dapat lihat tiada kelibat mana-mana basikal. Mungkin dia dihantar oleh ayah mereka ataupun pemandu persendirian mereka menghantarnya.. Almaklumlah, orang kayalah katakan.Kalaulah aku juga orang kaya!! Fulamakkkkk!! Eh, jauhnya kau berangan Risya oiii.. Nak makan ayam pun tak lepas ada hati nak jadi kaya.. Apalah nasib!!! Aku mula mengatur langkah menuju ke kantin sekolah yang cukup indah dari segi panoramanya.Semasa aku berjalan aku dapat merasakan yang ada mata-mata yang memandangku.
“Kenapa ni?Apa tak kena ni?Baju aku senget ke? Atau mungkinkah bau aku?? Eh, takkanlah dapat bau sampai kat sana?”
Aku terus berjalan dengan hati yang mula tidak keruan.Dari sini aku dapat mendengar dengan jelas perbualan yang dibualkan oleh beberapa orang pelajar lelaki yang sedang duduk di meja makan di sana.
“Fulamakkk!!!Cun giler!!Feweet...kau orang rase dia tu single dan available lagi tak??Kalau tak, nak try masuk jarum nih!! Boleh tak ekk??”
“Jangan nak mengada setakat muka kau ni buang karan aja... Lain la kalau muka kau ni macam muka aku.. Petik jari aja dah sepuluh yang datang.. Belum lagi mengurat... Setakat perempuan itu kacang aja aku dapatkan.. Macam mana?? Hebat tak??? Hahahaha..”
“Kau jangan samakan perempuan itu dengan perempuan yang lain yang kau pernah jumpa.. Bagi aku perempuan tu ada chemistery tersendiri... Dia memang lain dari yang lain.. Kan Hakim?? Betul tak apa yang aku cakapkan ni??”
“Hakim... Hakim... Hakim...!!!” serentak mereka berkata-kata...
“Aaaaa.... apa??? Ha, dia memang cantik..!!”
“Apa Hakim?? Kau cakap perempuan itu cantik??? Biar betul ni??? Aku silap dengarkah?? Kalau tidak maknanya dialah seorang perempuan yang telah berjaya melumpuhkan mulut kau dari terus menafikan segalanya.. Hebat betul aura awek tu kan?? Tapi perempuan itu memang cantik.. Memang sekali pandang macam bidadari yang turun dari langit.. Walaupun, dia hanya memakai baju t-shirt dikenakan dengan seluar slack hitam bersama tudung putih, tetap nampak menawan..” serentak mereka mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata sahabatnya itu.. Serentak mereka ketawa menyebabkan mereka dijadikan tumpuan termasuk aku  menumpukan perhatianku kepada mereka..
“Eh, mana ada.. Aku ada kata ke perempuan tu cantik?? Tersilap lah tu... Aku nak kata yang bunga atas meja ni cantik gubahannya.. Kalau korang kata perempuan itu cantik dan mustahil untuk mendapatkannya, aku sanggup sahut cabaran untuk membuktikan yang aku mampu menjadikan dia itu menjadi milik aku secara mutlak dan aku ada something nak buat dengan perempuan tu..”
“Jap.. jap... Kau ni kenapa?? Emosional sangat?? Apa kau kenal ke perempuan tu?? Apa yang dia dah buat pada kau sampai kau nekad macam ni?? Sebelum ni, mana-mana perempuan kau relaks aja.. Tapi perempuan ni lain pulak jadinya.......................... Ohh.. Aku faham.. Jadi dialah perempuan yang pertama yang telah berjaya membuatkan hati kau ni terusik ek?? Hurm... Hakim.. Hakim..”
“Arghh.. Tak ada maknanya hati aku ni boleh terusik dek perbuatan dia tu.. Sampai mati pun takkan ada lah mana-mana perempuan yang mampu menundukkan aku.. Apatah lagi perempuan tu..”
Dari ekor mataku aku dapat lihat seorang jejaka yang berkaca mata hitam sedang menghampiriku dari jauh. Sungguh kacak . Aduhai, kalau aku dapat boyfriend macam tu. Alangkah indahnya dunia ini.. ‘Eah ape aku nie melulut tak tentu fasal .’Aku terus menyambung, langkahku yang terhenti sebentar tadi bagi mengelakkan rasa gementarku . Tanpa aku sedari …..Arrghh !! ‘Aii?? Kenapa aku tak terjatuh ni tiba-tiba rasa macam di awangan ni? Arrgh !! Alamak macan mana aku boleh ada dalam dakapannya ni??.............. Semua ni pasti tak akan terjadi jika kulit pisang itu tak ada kat lantai tadi . Alamak!! Mana aku nak letak muka aku ni, malunye. Aku mula rasa malu apabila semua mata-mata memandangku dan yang paling aku tidak menyenangi pandangan mamat ni Sungguh membuatkan aku tergoda...Wajahku sudah merona merah . Ya Allah ,mata dia pandang aku tidak berkelip seperti mahu telan aku sahaja . Aduh !! Cukup menawan’ gerutuku sendiri..
“Lain kali, mata tu  letak betul-betul dekat mata, bukan dekat lutut.. “ sinis sekali kata-kata yang dituturkannya.. Lama aku memandang wajah jejaka tersebut. Raut wajahnya seakan aku kenal. Hahh !! Macam mana aku tak boleh perasan ni, dia lah mamat yang aku jumpa tadi . Aduhh !! Big problem datang lagi....
“Kenapa kau pandang kekasih aku macam tu ?? Dah tak ada lelaki lain ke nak dipandang ?? Ya aku tahu ,dia memang hensem kan dan aku amat berbangga dapat menjadi  teman istimewanya. Kan Sayang??” Ujar perempuan yang mula datang kearahku lalu memeluk lengan mamat ni. ‘Eh, perempuan ni tak ada maruah diri ke ?? Senang-senang je boleh dipegang oleh lelaki lain !! Terdesak sangat ke ?? Kesian .. hahahhaha..’
 Aku dapat lihat pertanyaan perempuan ini dibalas dengan anggukan oleh mamat bongkak dan sombong itu . Perempuan tu pun satu , gedik semacam aje aku tengok . Bosannya bila ada dua orang manusia yang menyerabutkanku ini.. Huh... Baru aje tengok dah bosan . Huhh !! Aku mula melangkah pergi dengan meninggalkan seribu pertanyaan kepada mamat dan minah tu . Padan muka . Semasa aku hendak melintasi mamat dan minah tu ,tanpa aku sedari tanganku disambar dengan kuat sehinga mendorongku ke belakang . Sekali lagi , aku berada dalam kehangatan dakapannya . Semua mata-mata yang memandang drama kami mula menunjukkan reaksi terkejut . Aduh , malunya aku . Apa fasal dengan mamat ni?? Aku mula bangun dan meningalkannya dengan hati yang sebal . Tapi ,langkahku terhenti apabila terdengar suara mamat bongkak tadi yang mula meninggi.
“Eh perempuan , mak bapak kau tak ajar kau ke cara menghormati dan berterima kasih pada orang ke ?? Tapi tak tahu la kalau mak bapak kau pun macam tu jugak . Kalau tidak, kesian mak bapak kau sebab dapat anak yang biadab macam kau ni. Kan sayang??”
“Betul , kau ni perempuan jenis apa, hah?? Tak ada maruah diri ke?? Dahlah tak pandai langsung nak jaga nak jaga air muka mak dan bapak kau !!” Berdesing telinga aku mendengarnya . Mukaku sudah berubah warna akibat menahan gelodak perasaan marahku yang kian membuak-buak . Aku terus meluru kearah mamat dan minah yang cukup menyebalkan diriku dan terus menghadiahkan satu tamparan yang cukup kuat tepat pada pipi yang putih melepak . Aku rasa tamparan ini merupakan yang paling kuat pernah aku berikan . Rasakan kau !!
“Eh minah, kau dengar sini baik-baik, aku amat menghormati keperibadian semua orang . Yang paling aku hormati, ibu dan bapa aku. Cuma hanya kau sahaja dan mamat ni yang tidak mendapat pengiktirafan penghormatan daripada aku secara rasmi . And for your information, actually kau sebenarnya yang tak ada maruah diri, sebab tengok la kau ni, tergedik sini,tergedik sana ,peluk sini ,peluk sana . Tak ada agama ke ?? Nanti di akhirat kau nak pilih yang mana sebenarnya, syurga ataupun neraka . Kalau kau nak syurga jaga sikit harga diri kau sebagai perempuan.. Kau mesti ingat Tuhan dan menaikkan martabat kita sebagai seorang wanita. Sekarang aku nak tanya , mak dan ayah kau tak beri ajaran agama  ke pada kau?? Fikir-fikirkanlah it’s for your own sake...”
Dengan sepantas kilat aku menahan tangan minah sengal ni daripada mendarat di pipiku ini apabila melihat tangannya mula melayang kearahku . Tapi, aku pula melayangkan satu penampar yang cukup hebat penangannya kepada mamat tu . Semua mata-mata yang masih setia menonton drama kami tergamam melihat adegan tersebut . Panggg !!
“Woi ,sakit la perempuan !! Kau sedar tak apa kau buat ni??”
“Sayang ok ,sakit tak ?? . Dah merah dah ni! You see what you done ??”
“Rasakan kau, pasangan ideal la konon. Sama je dua-dua sengal. “ Aku mula mencengkam muka minah ni dengan jariku.
“Kau dengar sini, kau beritahu your loving couple ni yang dia tu harus ingat and menjaga pergaulannya. Jangan nak menganggap perempuan ni seperti boneka yang hanya digunakan untuk memuaskan hati, tapi he had to realise and sedar bahawa sikap dia itu memang tak disenangi terutamanya pada pandangan aku . Jangan sesuka hati nak sentuh orang sini sana sebab bukan muhrim . BUKAN MUHRIM !! Dengar tak ?”
“Untuk pengetahuan kau mamat sengal , aku amat berasa bersalah atas apa yang aku lakukan pagi tadi but what you did to me is to much . I cannot bear it !! I’m sorry , I have to go now . Assalamualaikum.” Aku terus mengorak langkah meninggalkan ceritera yang amat pahit untukku telan.. Kenapalah saat aku hendak mencari rezeki, berlaku perkara sebegini.. Lantas, kolam air mataku mula panas, akhirnya air mata jernihku mula mengalir dari tubir mataku.






Bab 3

“Semoga kepergiaanmu tak akan merubah apapun…” Aku mula bernyanyi dengan girang sekali.. Alhamdullilah nasib aku menjadi baik hari ini apabila bos aku meminjamkan aku pakaiannnya untuk digantikan dengan bajuku yang sudah berbau akibat kejadian siang hari tadi.. Untung nasibku apabila bosku yang membawa lebihan pakaiannya semasa berkerja.. Aku menjadi malas hendak memikirkan apa yang berlaku pagi tadi.. Sekarang fokusku hanyalah kepada kerjaku yang satu ini yang dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi keluargaku.. Bercakap tentang bosku yang satu itu di kepalaku masih terlayar cara pemakainan bos aku yang cukup ayu dengan mengenakan blaus berwarna merah jambu dikenakan pula dengan seluar berwarna putih dan tudung putih.. Kalaulah aku dapat berpakaian sepertinya, pasti aku kelihatan bergaya sedikit daripada sekarang.. Bibirku mula mengumtumkan senyuman apabila memikirkan bagaimana penampilan aku nanti jika benar itu semua berlaku.. Cukuplah berangan Batrisya oii.. Hari ini aku terpaksa berkerja di bahagian dewan makan lelaki oleh sebab kekurangan pekerja di bahagian tersebut.. Huh, dahlah sekarang ini fokusku terhadap kerjaku mula terganggu apabila ramai jejaka memerhatikan aku sewaktu makan tengahhari.. Dari jauh, pandangan mataku mula menangkap kelibat mamat sengal yang entahku tahu namanya datang kearahku bersama pinggan-pinggan kaca yang masih bersisa dengan makanannya dengan senyuman seakan mengejek ke arahku.. Membazir betul mamat ni.. Tapi, harap-harap mamat ni tidak buat hal lagi yang boleh menaikkan tahap maksimum suhu kemarahanku kepadanya cukuplah ia berlaku sekali sahaja seumur hidupku.. Mengenangkan tentang mamat ni telingaku masih terasa hangat tentang butir bicaraku bersama Hazirah di Taman Sains di sekolahnya pada waktu rehat..

“Hisyhh, gilalah kau ni Risya.. Berani betul  kau buat macam tu pada Hakim!! Tapi, bila kau kenal dia ek?? Kau tidak bagi tahu aku pun..” nada seakan merajuk menjengah ke cuping telingaku ini.. Jap.... Oh.... Hakim namanya, baru aku tahu... Eh, apa aku ni... Kenapa aku perlu tahu yang tak sepatutnya ada dalam senarai otakku ini..
“Lelaki macam tu tidak patut dikenali lansung!! Aku benci dia.. Soal macam mana aku jumpa dia tu semua tidak penting, tapi mamat tu memang dah melampau betul.. Diaorang boleh hina aku , but not my father.. Kalau kau, apa persaan kau apabila ada orang hina ayah kau.. Orang yang paling penting dan paling kita sayangi , Irah..”
“Ya, betul.. Aku memang setuju dengan statement tu.. Aku pada mulanya terkejut beruk tengok kau mengamuk macam tu.. Tak pernah, Risya walau sekali kau menjadi garang macam tu.. Menegak bulu roma aku melihatnya.. Tapi, aku memang suka gila masa kau membidas kata-kata Maizatul tu yang perasaan bagus tu.. Tapi, nampaknya kaulah orang pertama yang berjaya melawan kata-katanya.. Sebelum ni mana pernah orang lain nak membantah setiap butir bicaranya.. Mereka hanya menurut sahaja.. Tapi, kau memang lain.. Aku tabik la kau Risya.. Maizatul tu pun satu, harap aja  muka cantik, tapi perangai Tuhan aja yang tahu..”
“Memang patut pun dia terima hadiah daripada aku tu.. Biar dia sedar sedikit.. Perempuan macam tu perlu diajar, tak perlu nak berlembut dengannya.. Makin menjadi la jawabnya apabila kita asyik menunduk sahaja setiap kata-katanya.. Dia tu patut sedar sebenarnya yang duit tidak boleh membeli segala-galanya..”
Kringgg!! Kedengaran bunyi loceng menandakan tamatnya waktu rehat di sekolah mereka yang sudah mula mengambil alih perhatian para pelajar untuk masuk ke dalam kelas masing-masing..
“Eh Risya, aku pergi dahulu tau.. Ingat jaga temper kau tu sikit.. Seram sejuk aku jadinya apabila aku memikirkannya.. Tapi, kalau kau nak tahu aku bangga gila bila kau dapat membidas kata-kata Maizatul tadi dalam English.. Tak sia-sia aku mengajar kau selama ni.. Aku pergi dahulu tau. Chou.. Take care.. Bye..”
“Okey, aku tahu la nak jaga diri.. Kau jangan risau lah.. Aku pun berasa bangga sebab dapat aplikasikan apa yang telah kau ajar kepada aku.. Terima kasih ya, Irah.. Pergilah, nanti terlewat pulak.. Belajar rajin-rajin tau..” Aku memberikan senyuman yang cukup manis buatnya sebagai mengakhiri perbualan kami.. Bibirku sekali lagi menguntum senyuman apabila terkenangkan pertemuanku sebentar tadi..

‘Huh!!’ Aku mula mengeluh panjang.. Aduhai, sampai bila aku harus hidup sebegini.. Kadang-kadang terlintas juga di fikiranku untuk menjadi kaya.. Namun, apalah dayaku.. Aku hanya mampu bersyukur dengan apa yang aku ada..
“Eh, perempuan termenung jauh nampak.. Kerja kau tu dah siap ke belum?? Jangan asyik nak berangan aja.. Kerja dahlah malas, kalau kau nak kerja buat betul-betul.. Jangan main-main.. Atau, kau sedang berangan hendak menjadi Cinderella yang tiba-tiba jadi kaya..  Kau nak kahwin dengan siapa?? Dah ada calon ke?? Kalau dah ada, malang betul nasib lelaki tu sebab dapat perempuan macam kau ni.. Hahahahaha..”
Tersirap darahku hinggan naik ke pipi setelah mendengar kata-katanya itu yang cukup memedihkan..Mamat  ni pun satu, tak reti bahasa ke letak ajalah pinggan kaca tu dekat sini.. Lepas tu, lari cepat-cepat.. Bangang betul mamt ni.. Tempat ni pun satu kenapalah tima lunch ni jugak aku terpaksa kerja tempat lelaki bangang ni.. Tanpa aku sedari............. Panggg!!.................. Arghh.. Sakitnya.. Aku terkejut sebaik sahaja mamat sengal ni melepaskan pinggan tersebut ke lantai lantas pinggan tersebut berkecai menjadi serpihan seperti hatiku sekarang ini menahan gelodak perasaan amarahku kepadanya..
“Awak ni kenapa?? Kalau ya pun awak nak marahkan saya, janganlah sampai buat macam ni..” marahku kepadanya..
“Heii!!!” serentak aku dan mamat sengal ni mula berpaling kearah pemilik suara yang berkata sebentar tadi.. Mamat  ni siapa pulak?? Pening betul lah aku..
“Kau, ni kenapa??” tanya mamat tersebut kepada mamat sengal yang berada di hadapanku ini.. Pertanyaannya hanya dibalas sepi oleh mamat sengal ni.. Tidak reti nak hormat orang lansung mamat ni..“Awak pulak tak apa-apa?? Kaki awak tercedera tak??” Tanya mamat tersebut sekali lagi kepadaku pula..
“Saya okey.. Tidak ada apa-apa.. Terima kasih..”jawabku kepadanya pula..
“Ya ke?? Pasti ke?? Bak sini kaki tu biar saya tengok-tengokkan..” Lantas tanpa segan silu, kakiku mula ditariknya.. Kalau ikutkan aku, mahu sahaja aku menariknya kembali.. Tapi, demi memikirkan kakiku ini juga aku terpaksa beralah sahaja..
“Haaaa… Kan saya dah cakap kaki awak masuk kaca.. Dalam jugak ni.. Mari saya tolong awak..” Aku tergamam sebaik sahaja dia membantuku untuk membuang kaca yang masuk ke dalam kakiku ini.. Dari ekor mataku, aku dapat lihat Hakim terpana seketika.. Mungkin terkejut barangkali dengan perbuatan berani mamat yang sedang membantuku ini.. Sekali lagi aku terkejut saat mamat yang berada di depanku ini sedang mengenyitkan matanya kepadaku sambil tersenyum nakal..Hensem jugak... Hisyhhh.... Apa ni, Risya.. Dah-dahlah tu...
“Okey, finally.... Dah siap.. Nanti saya balutkan dengan kain sekali dengan ubatnya.. Alright.. Emmm, lupa pulak nama saya Rafeeq.. Awak??”
“Oh..Anyway... Terima kasih.. Susah-susah aja.. Nama saya pulak Farhana..”
“Farhana ke?? Kalau tidak silap saya, awak ni Batrisya kan??” Aku terkejut apabila dia tahu namaku.. Dari mana dia tahu namaku Batrisya??
“Awak tahu dari mana ek??” kataku sekadar bertanya kepadanya..
“Emm, saya ada terdengar Hazirah memanggil awak menggunakan nama Batrisya..” Oh.. nasib baik.. Kalau tidak pasti aku anggap dia ni peminat fanatic aku.. Perasannya Batrisya oii…
“Oh, begitu.. Sebenarnya, dua-dua tu nama saya.. Panggilan manja saya Risya.. Nama penuh pula Nur Farhana Batrisya..”

“ Kalau macam tu saya nak panggil awak dengan panggilan manja jugaklah... Risya... Hurmm...Cantik nama tu… Cantik.. Memang cantik.. Sama cantik dengan orangnya..”
“Terima kasih.. Awak pun apa kurangnya nama dan orangnya juga cantik…”
“Hahh?? Cantik?? Ye ke?? Bukan hensem ek??” Aku mula tersipu malu apabila ditanya soalan sebegitu rupa.. ‘Memang... Memang hensem sangat.. Tapi, mana boleh saya cakap macam tu... Tapi, Hakim lagi hensem... Eh,apa aku melalut ni... Kenapa nama dia pulak dibangkitkan ni??’ omelku sendirian..
“Alah.. Dua-dua sama aja.. Nama cantik tuannya pulak hensem..” akhirnya terluah jua ayat yang berbuku dari bibirku kini. Aku dapat menangkap reaksi terkejut yang dipamerkan oleh Hakim di sana.. Terkejutkah dia?? Panaskah hatinya?? Hisyyy apa aku ini?? Asyik ingat nama dia aja..
“Hei!! Telinga aku dah panas tengok cekerama depan mata ni…” Eh mamat ni, apsal pulak nak menyibuknya?? Bukan urusan dia pun nak sibuk sangat hal orang lain apasal?? Dahlah angin tidak ada, ribut tidak ada tiba-tiba aja nak marah.. Pelik betul dia ni..
“Yang engkau bodoh sangat nak duduk tercegat dekat ni kenapa?? Ikut suka hati aku la nak buat cekerama depan mata kau ke, depan mata beruk pun boleh tau tak!! And for your information, she’s my girl.. Do not you ever touch her again because she already mine!! Mine!! Do you hear me.. Her dream will be going to be princess will come true.. And her true love is me!! And I’ll make sure she will be mine and be my cinderella forever.. So, it is none of your bussiness.. Kalau hati dah panas pergilah blah... Mana tahu mungkin sejuk sedikit hati kau tu...”
 Aku terkejut mendengar kata-kata yang terluah daripada bibirnya tapi mungkin juga ada baiknya untuk aku agar mamat ini tidak menggangu aku lagi.. Dari sini aku dapat lihat mamat itu seakan terpegun akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafeeq sebentar tadi..
“So, what….. the matter..... it is with me??” Aku dapat mendengar dengan jelas suaranya yang mula tergagap berserta kerutan di dahinya.. Lawak betul muka dia sewaktu melihat kerutannya itu.. Aku tersenyum cuma melihat kerutan di wajahnya.. Tapi, kenapa dia menjadi gelisah sebegini ek??
 Dia cemburu ke atau … Arghh, tidak usah Risya, memikrkan sesuatu yang bukan pasti.. Aku sepatutnya sedar siapa aku.. Lagi-lagi di matanya.. Aku sedar aku tidak seberapa jika dibanding Sharifah Maizatul yang lebih megah, cantik dan kaya daripadaku.. Aku hanya mampu berhias hanya dengan hati yang ikhlas sahaja..  Tapi, kenapa hatiku berkata yang Hakim berkenan akan diriku ini?? Tidak Batrisya!! Tidak!! Jangan biarkan perasaan ini menghantui diriku tika ini.. Diriku bagaikan langit dan bumi dengannya.. Lagipun, takkanlah hati ini sudah terpikat dengan orang yang paling aku benci?? Mustahil!! Lantas, tanpa membuang masa aku membuka bicara bagi memberi sokongan atas kata-kata yang dikeluarkan oleh Rafeeq sejurus tadi..
“Emm.. Bagusalah.. Jadi betullah kau, Risya ada affair dengan dia.. Patutlah memang sepadan kau dapat mamat yang lebih sengal macam dia ni.. Kalau kau nak tahu, Rafeeq kaulah manusia paling malang dan bodoh dalam dunia ni sebab kau dah biarkan hati kau jatuh hati pada seorang perempuan murahan macam dia ni..
Kau ingat kau akan bahagia bersama dia?? Jangan mimpilah dia akan membahagiakan kau.. Atau mungkin kau akan ditinggalkannya.. Saat itu baru kau menyesal sebab dah terpedaya pada seorang manusia yang hanya bertopengkan manusia yang berlagak baik walhal perangai mengalahkan Syaitan!!” bentaknya kepada kami berdua.. Berderau darahku mendengarnnya..

“Kurang ajar!!” Aku mula mengambil perananku apabila tersedar yang Rafeeq hendak melayangkan buku limanya ke arah Hakim.. Sebaliknya, aku terus menhadiahkan satu tamparan hebat mengenai pipinya itu.. Pangg!! Rasakan kau mamat yang sombong.. Kedua-dua lelaki di antaraku ini tercengang..
“Terima kasih diatas segala kata-kata penghinaan yang begitu menyakitkan hati aku.. Kalau kau nak tahu, ni mamat ni… Mamat ini yang kau kata lebih sengal inilah yang berjaya mencuri hati aku walaupun aku murah seperti yang kau kata sebentar tadi.. Dan yang paling penting kau perlu tahu sampai akhir hayat kau yang hati aku tidak semudah itu beralih arah kepada sesiapa pun.. Kau tahu apa sebabnya??
Sebab dialah seorang sahaja yang boleh mengutip kembali maruah aku yang telah kau pijak selumat-lumatnya  daripada manusia kejam seperti kau.. Aku akan beritahu kau yang manusia yang bertopengkan manusia ini tapi perangai tidak ubah seperti syaitan ini akan tetap setia bersamanya hingga akhir hayat aku..”
Aku kembali semula untuk melakukan kerjaku yang satu itu dengan hati yang masih berdarah.. Dari ekor mataku, aku dapat lihat Rafeeq dan Hakim mula meninggalkanku sendirian dengan membawa halauan masing-masing.. Kolam air mataku mula panas, tanpa aku sedari aku menangis tersedu-sedan sendirian.. Sesekali aku menyeka air mataku yang bercucuran di pipiku ini.. Seusai sahaja aku mencuci pinggan yang kotor sekali membersihkan serpihan kaca yang berkecai di lantai, aku mengatur langkah untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai muslimah yang satu itu..


Fikiranku dari tadi sedang asyik memikirkan betapa tidak sabarnya aku untuk pulang berehat selepas begitu banyak peristiwa yang sukar bagiku untuk melupuskannya dari pelupuk fikiranku.. Hari ini, aku cukup letih menghadapi segala ujian yang melanda ke atasa diriku ini, bermula dari pagi hingga ke petang ini..  Bagaimana untuk  harus aku bertahan berkerja di sini sekiranya perkara ini berlarutan?? Arghhh!! Itu semua tidak penting, apa yang penting sekarang adalah untuk menunaikan solat zohor dan sekaligus dapat menenangkan fikiranku yang sedang kusut ini.. Sesungguhnya aku akan tenang jika aku berhadapan degan TUHANKU yang satu itu..
“Hei girls, can you see perempuan tak tahu malu itu, tahu jugak nak solat.. Ingatkan hati orang yang busuk macam dia itu tidak pandai untuk mengingati Tuhan dia.. Tetapi, aku amat pasti semuanya sia-sia sebab sikap alim kucing yang sengaja dia tunjukkan itu sebenarnya palsu.. Lainlah, macam I walaupun tidak solat tetapi tidak pernah menjadi seorang yang munafik..” Aku dapat mendengar dengan jelas kata-kata nista yang diludahkan kepadaku ini.. Tetapi, tahap kesabaran aku masih berada di tahap yang normal.. Lagipun, buat apa aku mahu bertengkar dengan orang yang sememangnya sia-sia untuk aku bergaduh dengannya.. Kata-kata Maizatul sebentar tadi masih lagi kedengaran, bahkan makin kuat apabila ramai yang ketawakan aku.. Tidak apalah, sekurang-kurangnya Tuhanku masih tahu siapa yang benar dan siapa yang salah sebenarnya..

‘Ya ALLAH, kau kuatkanlah imanku ini agar dapat merintangi hari-hari yang mendatang dengan lebih tenang dan lebih sabar mernghadapi dugaanmu.. Walaupun, aku lemah namun, hanya kepadamu tempatku untuk mengadu.. Ya ALLAH, dengarlah rintihan hambamu yang lemah ini.. Sesungguhnya, aku amat bersyukur kerana aku masih lagi dikurniakan rezeki yang masih lagi dapat menampung keperluan harianku ini..’ Tenang.. Itulah yang dapat aku ungkapkan tika ini kerana seusai sahaja aku memanjatkan doa  kepadanya, hatiku berasa amat tenang dan lebih bersedia untuk menghadapi hari-hari esok.. Setelah aku menanggalkan  pakaian solatku aku mula siap-siapkan diri di hadapan cermin untuk keluar untuk pulang dengan cepat.. Makin cepat aku beredar, makin cepat masalah yang aku hadapi menghilang..
Sedang aku ayik melayani persaan aku ketika menuju ke arah basikalku, aku rasakan bagaikan ada tangan yang memautku dengan lembut..


“Hai sayang..” Siapa pulak ini yang mengangguku tika ini?? Bosan betul.. Eh, Rafeeq rupanya.. Aduhai, hensemnya mamat ni.. Beruntung betul siapa yang menjadi teman istimewanya.. Pasti orang sepertinya tiada masalah mencari teman wanita.. Ataupun, jika tiada pasti dia ini seorang yang memilih.. Tetapi, jika dibandingkan dengan mamat sengal pagi tadi itu  mana satu lebih kacak ek?? Aku rasa pasti mamat itu lebih kacak lagi.. Eh, dah dua kali aku mengulanginya… Apa dah jadi ni… Tetapi apabila difikirkan kembali wajah Hakim dengan wajahnya yang putih bersih ditambah pula dengan senyumannya yang menawan lagi mempersonakan.. Siapa yang melihatnya pasti akan tertawan.. Lagi pula, bagiku ,mamat itu mempunyai pakej yang lengkap dari segi seorang lelaki di mata seorang wanita.. Eh.. Apa aku sedang mengarut ni.. Fokusku kembali bersama Rafeeq yang sedang memulakan lagkah perbicaraan antara kami..

“Eh, Rafeeq.. Sorry tak perasan pulak awak ada sekitar sini..Lain kali, jangan panggil saya macam tu lagi.. Seganlah.. Apa kata orang lain nanti?? Saya sebenarnya hendak berterima kasih di atas kesudian awak menolong saya sebentar tadi.. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana jika awak tiada di waktu itu.. Pasti akan berlaku pergaduhan besar antara saya dengannya.. Lakonan awak tadi memang mantap.. Pasti mamat tadi yang menganggu saya menyangkakan yang awak ini teman lelaki saya.. Walhal, semua itu hanya lakonan.. Anyway, jasa awak memang sukar untuk saya balas dan saya akan sentiasa mengingatinya..” Kataku sebentar tadi disambut dengan anggukanya sahaja..

“Alah, small the  pieces la, Risya.. Biasa aja.. Yang penting dia tidak lagi menganggu awak.. Itu semua perkara kecil aja Risya.. Lagipun, sepatutnya dari awal lagi si Hakim itu patu diberi pengajaran dan sepatutnya diberi layanan seperti sekarang ini.. Pasti dia sekarang menjadi bengang.. Mana tidaknya, selama ini dia selalu menjadi pujaan semua orang dan sekarang kelakiannya tercabar kerana wujudnya awak, Risya.. Saya seharusnya berterima kasih pada awak kerana wujudnya seorang perempuan macam awak.. Sudah lama saya menunggu saat ini.. Akhirnya, datang jua.. Biar dia sedar sedikit bukan semua perempuan seperti yang disangkakannya.. You’re so special to me.. Jika awak tidak keberatan izinkan saya mahu mendekati awak dengan lebih rapat.. Mana tahu, awaklah perempuan pertama yang Berjaya menembusi tembok cinta saya ini.. Ehem… Saya ni masih single dan available lagi, tau… Nak try tak??” Aku tertawa dengan ungkapannya kepadaku.. Entah kenapa aku dapat rasakan yang kata-katanya cukup lawak…. Hakim.. Tetapi, apakah nama penuhnya?? Nanti, bagaimana aku harus meletakkan namanya dan juga namaku pada kad pernikahan kami nanti?? Eh, Risya,, Pleaselah jangan berfikiran sebegitu lagi.. Aku dan dirinya ibarat langit dan bumi.. Mana mungkin aku dapat disatukan dengannya.. Akalku mula menjawab persoalan yang ku fikirakan sedari tadi..
 ‘Mana tahu, mungkin kau akan dikahwihkan paksa atau kau terpaksa disuruh oleh Hakim untuk menikahinnya..’ Arghh!! Mana mungkin semua itu berlaku.. Semua itu hanya wujud di dalam novel-novel yang sering ku baca hasil pinjamanku daripada Hazirah yang amat meminati novel.. Mengingati tentang novel. Fikiranku menerawang menginagti tentang rakanku, Hazirah.. Nasib buku pelajarannya bukan novel.. Kalau tidak pasti Hazirahlah akan menjadi best student nanti.. Mana tidaknnya, satu novel sudah empat kali dikhatamnnya.. Hampir terkeluar biji mataku melihat betapa tebalnya novel yang berjaya dibacanya.. Jika aku, pasti berbulan-bulan lamanya baru dapat ku habiskan.. Eh, baru sekarang dapatku sedar betapa jauhnya aku berlayar bersama lamunanku apabila aku terrsedar saat Rafeeq melambaikan tangan sasa miliknya di hadapan wajahku ini.. Alamak… Malunya..
“Opss.. Sorry.. Di mana kita tadi.. Emmmmm… Oh.. yah… Sepatutnya Hakim perlu lebih bersifat lebih baik jika dia mahu orang menghormatinya.. Lebih-lebih lagi orang seperti saya ini.. Saya tahu saya anak orang susah, tetapi itu tidak semestinya menjadi satu alasan agar maruah saya boleh dipijak-pijaknya sesuka hati.. Orang yang persis sepertinya memang tiada hati dan perasaan betul!!” luahku kepada Rafeeq dengan apa yang sebenarnya yang sedang aku alami..
“Awak jangan risau okey.. Everythings gonna be okey.. Alright?? Selagi ada saya, saya akan cuba mempertahankan awak.. That’s my promise to you..”
“Thanks..” Hanya itu yang dapat ku lontarkan kepadanya sebagai tanda penghargaan di atas keprihatinnya kepadaku..
“Emmm… Risya, awak boleh temakan saya tak, sampai pemandu keluarga saya sampai.. Alang-alang saya ada benda hendak berikan pada awak.. But, you have to wait for it first..” ujarnya kepadaku.. Aku sekadar mengangguk menandakan yang aku boleh menemaninya hingga permandunya sampai, tetapi bukan kerana aku menemaninya untuk menerima hadiah pemberiannya.. Tetapi, apa salahnya.. Akalku berfikir nakal seketika..
Tidak lama kemudian, sebuah kereta hitam menyusuri di hadapan pandangan mataku.. Rafeeq mula menuju ke arah kereta tersebut.. Pasti, itu kereta milik keluarga mereka.. Sungguh bergaya.. Aku melihat Rafeeq mengeluarkan sebuah kotak bersaiz sederhana besarnya dari arah pintu seat belakang.. Kotak itu kemudian dihulurkan kepadaku.. Tika ini aku diam membisu.. Aku tidak tahu kenapa tanganku begitu ringan menyambut hulurannya..
“Ini handphone.. Saya pasti awak tahu tentang ini.. Saja nak beritahu jugak.. Sebenarnya, saya ada membelinya satu tetapi saya tidak menggunakannya lantas saya berfikir elok jika awak menerimanya.. Tidak elok juga jika saya membelinya tetapi tidak menggunakannya.. Jangan bimbang saya ada membeli sekali dengan sim cardnya.. Sim card itu milik saya.. Tetapi saya hadiahkan untuk awak.. Gunakan dengan baik tau..”
“Tetapi untuk apa semua ini, Rafeeq?? Walhal, baru hari ini kita bertemu takkan semudah itu awak memberikan sesuatu yang amat bernilai kepada seorang yang asing seperti saya ini?? Lagipun saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya kembali..” ujarku jujur..
“Tidak apa, Risya.. Saya ikhlas..” Jawabnya bersahaja.. Aku pun apa lagi… Dah orang bagi aku apa lagi ambil ajalah..
“Dah kalau macam itu awak katakan saya amat berterima kasih kepada awak.. Terlalu banyak pengorbanan awak yang sukar untuk saya balas.. Sekali lagi, teriam kasih..”
“Sama-sama..” Aku melihat Rafeeq mengenyitkan mata bundar miliknya kepadaku.. Nakal betul mamat ini.. Lantas, ketawa kami berderaian memecah keheningan petang yang kian meninggalkan satu memori indah antara aku dengannya..
“Kalau macam itu, saya balik dahulu tau.. Take care darling.. Bye!!”
“Bye..” balasku padanya pula.. Sebaik sahaja kereta Rafeeq meluncur laju di permukaan jalan berturap itu, aku mengorak langkahku ke arah tempat basikalku berada.. Hatiku memanjatkan kesyukuran tanpa henti kerana dikurniakan sahabat yang cukup baik bagiku bersama sebuah senyuman yang entahku sendiri sukar untuk ditafsirkan.. Arghh!! Tiba-tiba ada sepasang tangan menyambar tanganku yang putih melepak ini.. Hatiku berdebar-debar.. Tetapi, di mana dia mahu membawaku pergi?? Aku cuba meronta meminta untuk dilepaskan namun ianya hanya sia-sia..



Bab 4

“Eh, apa ni?? Sakitlah!! Kau ni kenapa Mai?? Tiba-tiba aja datang nak serang orang?? What’s wrong with you??” bentakku kepadanya.. Sifat kemarahanku menjelma dengan tiba-tiba.. Mana tidaknya dia yang secara tiba-tiba serang aku aku tanpa bersebab..  

“Kau nak tahu kenapa?? Sebabnya, aku bengang dengan perempuan sial macam kau ni!! Eh, kau dah tak ada jantan lain ke nak kebas?? Hak aku jugak yang kau terhegeh-hegeh.. Aku dah muaklah dengan perempuan murahan jenis you ni.. Orang macam you ni hanya nak ambil kesempatan atas kesenangan orang lain je kan.. Just admit it!! Susah sangat ke?? Kau ni memang suka rampas hak akulah.. Aku bagi kau amaran eh, stay back from him!!” aku mengetap bibirku menahan gelojak perasaan marahku.. Kalau aku tak fikir aku ni perempuan dah lama makan penampar perempuan ni.. Sabar Risya, sabar masakan kau mahu kotorkan tangan kau ni semata-mata perempuan nih…

“Kau… Kau cakap apa ni Mai.. Eh, aku tak fahamlah Mai!! What do you mean?? Kalau kau nak tahu sangat aku dengan Hakim tidak mempunyai apa-apa hubunganlah!! Full stop!! Dia tu lansung tidak tersenarai sebagai calon kekasih aku apatah lagi calon suami aku.. Eh, aku ni up-to-datelah.. Aku ni bukan macam kau habis semua jantan nak kebas.. Memang kau ni perempuan murahan la senang-senang aja nak suruh orang jadi milik kau.. Huh.. Tidak tahulah aku macam mana kau membesar kelak..” sebaik sahaja aku berkata-kata ketawaku meletus jua tetapi hanya menambahkan kepedasan perbicaraanku sebenarnya.. Padan muka kau..

“Eeeeee!!! Kau ni kan!! Memang mulut longkanglah.. Ada hati nak lawan aku.. Eh, sedarlah perempuan murahan.. Dahlah miskin.. Tidak sedar diri pulak.. Memang malanglah mak dan bapak kau.. Hahahaha.. Anyway, di mana kita?? Oh.. Emmm, baguslah kau tidak terniat nak jadikan Hakim itu kekasih mahupun husband kau.. Senang sedikit kerja aku!! Tapi, ini bukan pasal Hakimlah bodoh!!” sinis sekali kata-katanya memecah gegendang telinga milikku.. Apa?? Tapi, siapa yang di maksudkannya?? Setahu aku Hakimlah si mamat sengal aja kekasih sehidup semati dengan dia.. Tambahan pula, aku hanya kenal dengan dua orang lelaki sahaja iaitu Hakim si mamat sengal itu dan Rafeeq.. Jadi siapa sebenarnya?? Rafeeq?? Tak mungkin.. Tapi, kenapa tak mungkin?? Rafeeq pun apa kurangnya berbanding Hakim?? Kedua-duanya perfect.. Arghhh… Stop talking nonsense Batrisya…

“Kau cakap apa ni Mai?? Aku.. Aku…. tak faham lah.. Siapa yang kau maksudkan tu?? Tak payahlah kau nak berteka-teki dengan aku ni..”

“Hurmm.. Aku tahu kau pasti tengah bingung kan sebabnya tak tahu siapa.. Maklumlah jika aku bagi kau seribu klu sekalipun belum tentu orang selembap kau ni boleh menjawab soalan aku.. Dengar sini!! Orang itu Rafeeq.. R.A.F.E.E.Q.. Kau faham tak??” Aku terpana.. Benarkah?? Apakah ianya hanya sandiwara?? Tapi, kenapa Rafeeq lansung tidak memberitahuku tentangnya..  Arghh, lantaklah.. Peduli apa aku.. Lagipun aku dengan Rafeeq tidak mempunyai sebarang hubungan pun.. Apa yang perlu aku takutkan..

“Whatever!!”jawabku selamba.. Seusainya sepatah kata yang ku hulurkan padanya, kakiku lantas menuju ke tempat yang entahku tahu di mana hala tujunya.. Apa yang penting bagiku sekarang, aku perlu meninggalkannya minah yang sedang menggila nih.. Semakin aku berada dengannya semakin gila aku dibuatnya.. ‘Lantaklah kau Mai, ramai sangat jantan yang engkau nak kebas, sekarang tengok dah sewel aku tengok..’ Bebelku sendirian.. Tiba-tiba.. Pangg!! Arghhh!! Sakitnya.. Pipiku terasa amat perit dek tamparannya yang begitu memeritkan..

“Sakitlah Mai.. Kau ni kenapa?? Takkan sebab lelaki kau dah menjadi gila ni.. Tidak malu ke?? Perempuan bergaduh hanya kerana lelaki.. Lagipun, dah Rafeeq tidak mahu dekat engkau.. Janganlah engkau terhegeh sangat.. Sia-sia aja penampar engkau ni, sebab dia tidak mahu dekat engkau pun..” bidasku kepadanya..

“Nooooo!! Rafeeq hanya akan jadi milik aku!! I say Rafeeq will be mine!! Arghhh!!” mataku dapat melihat tindak balas tangannya sekali lagi respons kepadaku.. Pasti, penampar kali keduanya akanku turut merasainya..  Menghalang perbuatannya?? Itu yang sedang aku musykilkan sekarang kenapa aku tidak menunjukkan sebarang respons untuk menahan perbuatannya itu.. Ya ALLAH, lindungulah hambamu ini.. Sesungguhnya aku amat memerlukan pertolonganmu ini agar dapat menhentikannya segera.. Aku berasa amat letih tika ini.. Dengarlah rintihan hambumu yang lemah ini.. Aku mohon padamu, Ya ALLAH.. Lantas aku memejamkan mataku ini kerana tidakku sanggup lagi untuk menghadapi episod kisahku ini..

“Mai, stop it!! Don’t you dare to hurt her or even touch her.. I will blame you if anything happens to her because I don’t want to responsibility of your action anymore..” Serentak kami berdua mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara tadi.. Aku menjadi tidak sabar untuk melihat siapakah heroku ini yang datang untuk menyelamatkanku.. Arghhh!! Hakim!! Biar betul mamat sengal ni?? Gila ke apa?? Pelik bin ajaib betullah.. Kenapa aku tidak perasan dia ada di sini tadi?? Dia lihat semuannyakah??

“Mai, do you realize what you have done??”

“Kenapa dengan you ni, Hakim?? Kenapa semua orang asyik membela perempuan sial ni??  I hate you.. Semua orang yang I kenal, semuanya membela perempuan ini.. Apa yang ada pada dia, kim?? Cakap!! Apa yang ada pada dia sampai semua orang asyik membela dia sahaja.. Perempuan yang baru sahaja mereka kenal ini ibarat sudah bertahun lamanya mereka berkenalan.. What’s wrong with you guys?? Sedangkan mereka langsung tidak tahu tentang perangai perempuan hati busuk ini.. I hate you, Hakim… I hate youuu…” balas minah di hadapanku ini sambil tangannya lincah menumbuk-numbuk dada bidang milik Hakim ini.. Huh… Tak ada maruah langsung senang-senang aja bagi orang orang sentuh dia.. Menyampah betul aku dengan perepuan nih… Isk! Yang aku emo ni kenapa?? Arghhh.. Forget it..

“Mai… Mai.. Listen here!! I bukan nak bela dia.. You’re more important than her.. That’s because I suruh you berhenti dari berterusan menyakiti dia.. Looks, jika berita ini tersebar luas nanti.. Maizatul, perempuan paling cantik,kaya dan famous mengamuk dengan perempuan pencuci pinggan nih.. Apa kelas?? Nanti, malulah you nak berhadapan dengan semua orang.. Apa kata diaorang nanti?? Can you get that??” Tak guna punya mamat sengal aku mati-matian ingat dia nak membela aku.. Tapi, makin menghina adalah.. Hina sangatkah aku di matanya?? Kenapalah ditakdirkan Hakim penyelamatku hari ini?? Huh!! Tapi, sekurang-kurangnya dapatlah aku balik dengan cepat.. Kalau tidak alamatnya malam nanti baru tamat pertengkaran antara aku dengan minah yang perasan seksi nih..

“Oh.. You’re right, baby.. How genius you are..Betul cakap you apa kelas I nak gaduh dengan perempuan yang bodoh and sengkek macam kau ni.. Buang masa aja!! Okey, darling.. I gotta move right now.. Bye!!” Maizatul mula meninggalkan kami berdua dengan gaya gedik yang perasan menggoda itu walhal aku nak muntah tengok dia nih.. Hatiku masih sakit apabila mengenangkan kata-kata penghinaanya sebentar tadi.. Betapa sukarnya untukku telan segala kata-kata pahitnya.. Umpama aku menelan hempedu sahaja bahkan lebih pahit dari itu.. Namun aku redha sahaja.. Buat seketika pandangan mataku bertaut dengan mata Hakim saat aku mengalihkan pandanganku..  Aku mula resah menjadi tidak keruan.. Aku cepat-cepat meninggalkan Hakim dengan harapan dapat menyembunyikan rasa gemuruhku apabila bersamanya..

Malangnya tangannya lebih pantas mematikan segala langkahku ini.. Lantas, tanganku ditariknya dengan kasar agar mengikut jejak langkahnya .. Di manakah tempat yang ingin dibawaku pergi??
“Eh, lepaskan sayalah Hakim.. Sakit tahu tak..” marahku kepadanya.. Tanganku sekarang semakin kemas berada di dalam genggamannya.. Aku cuba meronta meminta untuk dilepaskan namun semuanya hanya sia-sia.. Hakim terus mendiamkan diri dari terus berbicara.. Hatiku semakin berdebar.. Di manakah dia mahu membawaku pergi?? Fikiran jahatku dari tadi memikirkan sesuatu yang memang tidak diingini terjadi oleh mana-mana perempuan.. Janganlah terjadi sebegitu rupa.. Doaku agar perkara tersebut jauh daripada diriku.. Tetapi, kemanakah Hakim mahu membawaku pergi?? Tanpa aku sedari, aku sudah berada di sebuah kawasan yang agak terpencil dari mana-mana pandangan semua orang tetapi ianya masih lagi di dalam kawasan sekolah.. Tempat ini agak tersembunyi dan yang paling penting agak gelap disebabkan betapa banyaknya pokok yang melindungi kami daripada terus disimbahi dengan sinaran mentari..

“Awak ni kenapa?? Tak cukup dengan Mai ajak saya bertengkar,sekarang awak pulak.. Saya dah letihlah.. Saya nak balik.. Hari dah lewat..” Belumpun aku sempat membuka langkah tanganku disambarnya sekaligus mematikan langkahku berserta niatku untuk terus melangkah pergi..

“Sakitlah Hakim.. Pleaselah jangan buat macam ini lagi.. Awak ingat saya ni apa senang-senang nak dipegang-pegang.. Awak harus ingat saya tak sama tau macam perempuan yang awak pernah kenal.. Kalau awak berfikiran sebegitu, awak silap kim.. Awak silap.. My hand, please..”

“Oh.. Dengan saya pandai awak bersyarah saya bukan perempuan jenis yang senang dipegang-peganglah.. itulah, inilah.... Kau ini memang munafikla, Risya.. Rafeeq kau senag-senang pulak bagi dia free aja sentuh.. Kalau saya pegang tahu awak marah, tapi Rafeeq?? Awak relakan sahaja, macam itu?? Apa bezanya saya dengan Rafeeq, Risya.. Tell me.. Tell me, right now.. I wanna hear, now..” Bentakknya kepadaku.. Aku menjadi takut apabila terpandang seraut wajah miliknya yang mula tegang..

“Rafeeq?? Apa kena-mengena dia dengan hal kita?? Lagipun, apa salahnya kalau dia hendak pegang saya sekalipun.. Bakal suami saya jugak.. Tidak ada salahnya..” selamba sahaja ayat tersebut meluncur laju daripada bibirku yang mungil ini.. Walaupun, aku tahu salah di sisi agama ayat yang aku lontarkan sebentar tadi iaitu merelakan bakal suami menyentuhku.. Namun, aku sendiri terkejut dengan ayat spontan yang keluar dari bibirku ini..

“It will not be happen!!” Apa kena dengan mamat ni?? Gila ke apa hendak mengatur hidupku.. Sibuk aja.. Lagipun, kenapa dia ni tetiba aja naik angin tidak tentu fasal??

“Yang awak sibuk hendak mengatur hidup saya ni kenapa?? Awak siapa dalam hidup saya??” soalan demi soalan kuajukan kepadanya.. Padan muka kau,,

“Your future husband, Risya..”

“What?? Apa telinga saya salah dengarkah?? Hendakkah awak dengan perempuan murahan ini?? And for your information, I will not let myself to be yours.. Never!! Lagipun, saya dah mention awal-awal pada awak yang saya tidak akan pernah beralih arah pada orang lain.. So, buat penat-penat aja awak susahkan diri untuk orang yang memang tidak sudi untuk awak..” ujarku panjang lebar kepadanya sambil memulangkan paku buah kerasnya tadi..

“Yes.. Definitely, yes.. Itu yang pasti.. Tapi, saya tidak akan sesekali lepaskan awak lagi untuk mempermainkan orang lain.. Maklumlah orang macam awak ini memang suka memainkan perasaan orang.. Cukuplah hanya saya sahaja yang telah diperalatkan oleh awak..” sindirnya bercampur kata-kata sinis darinya menusuk ke jantungku ini..
“Hei,bila  masa pulak awak sudah bertukar menjadi baik ni sampai nak tolong orang lain dari terus menjadi mangsa saya segala.. None of your business.. Awak hanya jaga diri awak baik-baik sudah daripada terus menjadi mangsa orang lain nanti.. Anyway, I’m appreciate your good intension..” balasku padanya dengan nada sinis yang sama dengannya..

“Hei Risya, you dengar sini baik-baik.. One fine day, saya akan pastikan awak akan berlutut pada saya yang awak amat cintakan saya,, Itu janji saya.. You’re will be mine!! Get that!!” aku tergamam..

“Oh… Okey, I will keep your promise.. Now, listen to me.. One fine day, saya akan tetap berdiri teguh mengatakan yang saya tidak akan cintakan awak.. Awak akan bencikan saya sebagaimana saya bencikan awak.. That’s my promise to you..” Aku sengaja mengajuk kembali kata-katamya sebentar tadi.. Padan muka kau.. Aku melangkah meninggalkannya bersama kerutan di wajahnya seusai aku berbicara.. Dari jauh aku masih lagi mendengar butir bicaranya dengan jelas kepadaku..

“You listen here. I will never let you go.. Never!!”

Entah apa-apa mamat sengal ni?? Main cakap aja, ingat cinta ini senang hendak dipaksa-paksa ke?? Tapi, alangkah indahnya jika benar aku akan sentiasa menjadi miliknya.. Hati kecilku juga berkata bahawa hatiku telah pun engkau curi.. Sesungguhnya engkaulah raja di hatiku tika ini.. Tapi, aku tahu yang aku hanya bertepuk sebelah tangan.. Aku tahu bahawa aku hanya insan biasa pasti sukar baginya untuk menerima perempuan kampsung seperti aku untuk menjadi teman sehidup sematinya.. Oleh itu, aku akan terus menafikan tentang perasaanku agar aku tidak kecewa kelak.. Aku juga langsung tidak memasang angan-angan untuk bermimpi sekalipun untuk menjadikannya milikku secara mutlak.. Eh, apa aku melalut ni, Batrisya?? Kau sedar atau tidak apa yang dia sudah lakukan terhadap engkau?? Aku terus melangkah dan mencapai tungganganku lalu meninggalkan kawasan yang berjaya membuatku gila gara-gara seribu satu peristiwa yang begitu menyakitkan bagiku.. Baru satu hari berkerja, aku sudah tidak larat untuk meneruskannya lagi.. Namun, demi ayahku aku sanggup lakukan apa sahaja untuknya.. Sesampainya aku d rumahku, aku terus memarkirkan kenderaanku lalu masuk ke dalam rumah dengan lesu bercampur dengan penat yang terasa ke setiap inci badanku ini..

“Risya… Risya…, Risya, pergi mana sehari suntuk ini?? Selalunya kamu balik sebelum senja.. Kali ini, kamu pulang hampir maghrib, kamu kemana sebenarnya, Risya.. Ayah risau dengan keadaan kamu sekarang ini..” Aku hanya menadah telinga mendengar leterannya.. Inilah yang akan berlaku apabila aku pulang lewat ke rumah.. Riuh rendahlah jadinya apabila suaranya memenuhi segenap ruang rumahku sederhana ini.. Aku tidak membalas kata-katanya kerana jika aku melawan setiap patah perkataannya pasti akan dianggap sebagai anak yang tidak beradab..

“Risya… Kenapa Risya diam?? Risya ada masalah ke?? Atau ayah ada melukakan hati Risya?? Cakap, apa yang ayah dah buat salah pada kamu??” Aku menjadi serba salah kerana diam seribu bahasa di hadapannya..

“Ayah… ayah cakap apa ni?? Risya penatlah ayah sebab itu Risya macam tidak bermaya untuk bercakap.. Maklumlah, pagi tadi Risya tidak sempat sarapan..  Lagipun, pinggan terlalu banyak yang perlu Risya basuh.. Risya berkerja di tempat lelaki hari ini.. Sungguh memenatkanlah ayah.. Yelah, orang lelaki kalau makan memang tidak ingat dunia.. Sama macam ayah..” usikku kepadanya untuk mengembalikan suasan ceria antara kami.. Rumahku bagaikan ada vibration apabila ketawa ayahku meletus.. Umpamanya di gunung berapi menanti larvanya untuk dimuntahkan ke muka bumi ini.. Maklumlah rumah sebesar ini memang kuat kedengaran suara-suaranya.. Tetapi, aku tetap bersyukur kerana masih ada tempat untuk berlindung daripada mana-mana bencana mahupun iklim musim panas.. Sesungguhnya, aku tidak pernah terlintas untuk mengungkit-ungkitkan perkara tersebut.. Hanya sebagai impian untuk berlindung di rumah yang besar..

“Risya…” panggil ayahku lembut menyapa telinaku.. Lantas, aku berpaling ke arahnya..

“ Ya ayah..?? Kenapa??” jawabku kembali dengan nada suara yang sama sepertinya..

“Risya dapat duit dari mana sampai boleh beli handphone tu?? Setahu ayah handphone itu mahal.. Kita belum tentu boleh membayarnya malah keperluaan kita tidak mencukupi jika dibandingkan dengan handphone tersebut.. Uihhh!!! Mahal tu..” bibirku mula diketap.. Fikiranku mati sebaik sahaja mendengar topic yang dibualkannya itu.. Aduh macam mana aku hendak menjawab soalannya itu?? Aku mula buntu memikirkan jawapan yang munasabab untuk diberi kepadanya..

“Tak… Handphone ni…” belum habis aku menuturkan kata, kata-kataku dipintas oleh ayahku pula..

“Ya… Kenapa dengan handphone itu?? Di mana Risya mendapatkannya?? Risya, harus ingat kita orang susah.. Kita tidak mampu untuk membelinya..” suaranya agak tenggelam semasa menuturkan kata-katanya terakhir..

“Tak.. Handphone ini kawan Risya yang bagi.. Dia kata hadiah sebagai tanda persahabatan kami..” jawabku jujur tidak mahu berdalih lagi..

“Apa?? Siapa.. Lelaki atau perempuan?? Kenapa dia baik sangat?? Senang-senang aja hendak memberinya kepada kamu??” Tanya ayahku bertubi-tubi hingga ku buntu dibuatnya mana satu yang harus ku jawabnya dahulu..

“Lelaki… Rafeeq.. Ayah marah ke?? Risya hanya sekadar teman dengannya sahaja tidak lebih dari itu..” jawabku kepadanya..

“Rafeeq?? Siapa itu?? Kawan baru Risya ke??  Setahu ayah kamu tidak mempunyai teman lelaki..”

“Ya.. Memang Risya tidak mempunyai mana-mana teman lelaki.. Rafeeq ni teman Risya di sekolah baru itu selain Hazirah.. Dia baik sangat.. Sebenarnya, Risya baru sahaja mengenali dia tapi dia sudah berikan handphone itu kepada Risya.. Risya, apa lagi rezeki jangan ditolak.. Lagipun, dia kata senang kalau ada apa-apa perkara mustahak boleh telefon.. Apa katanya.. Senang hendak di contact..” Ayahku mula ketawa terbahak-bahak.. Aku buat lawak ke sampai dia ketawa sebegitu rupa?? Sudah buang tabiat ke ayah aku ini?? Aduhai.. Jika ya.. Masalah besar datang lagilah jawabnya..

“Kenapa ayah suka?? Apa yang kelakarnya??” tanyaku kehairanan melihat peri lakunya yang benar-benar berlainan..

“Tidak apa.. Cuma ayah ketawa melihat cara kamu bercakap sebentar tadi.. Hilang segala ayu kamu dibuatnya.. Hahahahaha.. Lagipun, ayah seorang lelaki.. Jadi, ayah faham benar kenapa Rafeeq memberi kamu hadiah sebegitu rupa.. Dah memang patut pun kamu Nampak lesu..  Bersebab rupanya.. Kalau Risya hendak tahu begitulah penangan akibat bercinta..” dahiku dikerutkan seribu.. Apalah ayahku sedang merepek ini?? Lansung aku tidak mengerti akan butir bicaranya itu.. Ayahku ini pun satu sampai ke situ dianggapnya hubungan aku dan Rafeeq.. Ayah oh ayah..

“Ada-ada aja ayah ni.. Dahlah Risya hendak pergi mandi dahulu.. Badan ini sudah melekitlah ayah.. Pergi dahulu ya ayah.. Oh ya… Ayah sudah makan ke belum?? Ubat macam mana??”

“Sudah.. Risya tidak perlu bimbangkan, ayah.. Hazirah sentiasa ada menjaga ayah semasa kamu tiada.. Baik betul budak itu.. Pandai betul kamu mencari rakan sebaiknnya itu.. Maklumlah sekarang ini terlalu sukar untuk mencari teman yang betul-betul sejati.. Oleh itu, kamu harus sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara, Risya..” ujar ayahku panjang lebar..

“Emmmm.. Alhamdulillah nasib baik ada Hazirah.. Tidaklah Risya terlalu bimbangkan ayah nanti.. Kalau tidak ada apa-apa lagi, Risya pergi dahulu ya ayah..”

“Okey.. Cepat sedikit nanti sebelum maghrib menjengah pula..”

Aku terus meneruskan langkah sejurus mempamitkan diriku seusai berbicara dengan ayahku.. Aku mula bernyanyi kecil di dalam bilik mandi untuk menhilangkan rasa kesunyian yang sememangnya tersedia ada di rumahku ini.. Mana tidaknya hanya ada ayahku dan aku sahaja yang berlindung di dalam rumah kayu ini setelah ibuku meninggalkan kami berdua.. Aku terus menyarungkan baju tidurku hasil ehsan orang kampung kepada keluargaku.. Sememangnya aku tidak selesa secara jujurnya namun aku harus tabah menghadapinya dan sepatutnya aku bersyukur kerana masih ada orang yang mahu membantu keluargaku yang serba kekurangan ini.. Setelah aku menunaikan solat isyak yang sememangnya menjadi rutin harian diriku ini kerana merupakan kewajipan bagi seluruh umat islam, badanku kurebahkan di atas tilamku ini untuk melayani rasa merngantukku yang sememangnya meminta untuk ditidurkan dari tadi.. Lantas, baru sahaja aku mahu menurutkan kata mataku ini, suara ayahku memanggilku lantang berjaya menghalangku daripada terus tertidur.. Akhirnya aku bangun jua untuk bertemu dengan ayahku yang masih lagi nyaring memanggil namaku..

“Ya ayah?? Ada apa?? Teperanjat Risya dibuatnya dek suara ayah yang bergema itu mengalahkan Tarzan aja lagaknya..” kataku bersama nada gurau senda untuk menceriakan suasana di samping menyembunyikan rasa mengantukku ini..

“Ni Hazirah ada datang..” ringkas sahaja jawapan ayahku ini.. Hazirah datang?? Untuk apa?? Malam sebegini segala.. Pasti ada hal mustahak jika tidak mana mahunya untuk dia bertandang ke rumahku malam buta sebegini..

“Mana Irah??” tanyaku dengan mata tidak lepas memandang sekeliling mencari kelibat Hazirah.. Namun, semuanya hampa.. Mataku masih tidak dapat mencari di mana Hazirah berada sebenarnya..

“Ada dekat luar..”

“La, kenapa ayah tidak menjemputnya masuk?? Tidak elokkan begitu..” ujarku berbaur nasihat kepada ayahku ini..

“Dah jemuh mulut ni memujuknya untuk masuk Risya.. Tetapi, jawapannya tetap sama.. Mahu duduk di luar sambil mengambil angin di luar.. Ayah tengok muka dia tegang sahaja.. Petang tadi biasa-biasa sahaja.. Bagaimana pula riaknya berubah sekelip mata sahaja?? Datang malam-malam pula.. Apa yang terjadi sebenarnya, Risya?? Bergaduh ke??” giliran ayahku pula dengan lagaknya tidak ubah seperti inspector polios bertanya kepada penjenayah..

“Tak..” hanya itu yang mampu aku ungkapkan kepada ayahku seorang.. Aku keluar dari rumah dengan tergesa-gesa memikirkan Hazirah yang sudah lama menunggu diriku ini.. Langkahku semakin dipercepatkan apabila terpandang susuk badan yang sedang terduduk di pangkin rumahku..

“Irah.. Terima kasih banyak-banyak sebab kau sudi menjaga ayah aku.. Kau memang best friend aku.. Thanks a lot..” kataku bernada ceria..

“EX… best friend kau, Risya..” Aku terpamapan.. Benarkah apa yang aku dengarkan ini?? Atau hanya sekadar mimpi?? Kenapa Hazirah berkata sedemikian rupa?? Ya ALLAH, apa lagi ujian yang engkau mahu uji diri hambumu ini??

“Kau… kau… apa ni Irah?? Aku.. aku tidak fahamlah, Irah...” jawabku jujur meminta penjelasan darinya mengapa sanggip menuturkan kata sebegitu secara drastik..

“Huhhh.. Kau tak faham atau kau memang sengaja buat-buat tidak faham??” sinis sekali kata-katanya kepadaku..

“Hahh??”

“Kenapa kau tidak memberitahu aku, Risya yang kita bercinta dengan orang yang sama.. Cakap Risya.. Aku tidak sangka perkara ini berlaku jua..” Apa pulak kawan aku ini membebel tidak tentu fasal ni.. Siapa pulak yang bercinta??

“Siapa??  Aku ke?? Kalau aku,usah kata bercinta, teman istimewa inipun belum tentu dapat.. So, dah sah-sahlah yang aku masih lagi single-mingle lagi.. Belum berpunya..”

“Kau jangan hendak tipu aku la, Risya.. Habis itu, Rafeeq kau hendak campak dekat mana?? Itu bukan teman istimewa kau cakap sampai boleh mengaku depan Hakim lagi yang engkau ini buah hati dia.. Kau pulak hanya mengia-iakan sahaja.. Langsung tidak berminat untuk menyangkal kata-katanya.. Habis apa kata-kata kau..” kedengaran rengusan kasar yang diluahkan oleh Hazirah sebentar tadi..Aku tersenyum cuma mendengar kata-katanya.. Wajahku beriak tenang langsung tidak termakan kata-katanya tadi.. Aku tahu manusia jika dalam keadaan marah tidak akan pandai mengawal segalanya 24 jam..

“La.. Ingatkan apa tadi..  Pasal itu ke?? Senang aja.. Just salah faham sedeikit.. Begini, sebenarnya Rafeeq berkata sebegitu itu ada sebabnya,, Sebabnya, dia itu mahu menolong aku daripada terus diganggu oleh si mamat sengal, Hakim itu..” Kataku dengan yakin mengharap Hazirah akan mengerti akan kata-kataku tadi..

“Oh.. Ya ke??  Alhamdulillah.. Aku hampir hendak tercabut saja jantung ini memikrkan siapa yang sanggup berkorban hanya untuk melepaskan Rafeeq pergi.. Risau gila aku dibuatnuya sebentar tadi..” jawabnya sambil menghelakan nafas kelegaan selepas mendengar penjelasan dariku..

“Alah.. Kau ini pun satu, dah tahu sukakan seseorang bukannya  hendak beritahu aku.. Rahsia aja memanjang.. Kalau kau tahu cerita ini, pasti kau tidak perlu susah-payah datang malam-malam buta macam ini.. Tetapi, sekarang rahsia engkau sudah terbongkar kau memang sukakan Rafeeq..” kataku bersama senyuman simpul menghiasi bibirku tatkala ini..

“”Alah… Dah tidak menjadi rahsia pesendirianlah macam ini..” ujarnya bersama senyuman kerang busuknya itu..

“Kau tidak mahu beritahu Rafeeq ke tentang perasaan kau ini?? Manalah tahu dia ada juga menyimpan perasaan terrhadap engkau.. Jadi tidak perlulah memendam rasa seorang..” usulku seakan berjaya menarik minatnya ontuk terus berbicara..

“Aku tahu.. Kalau ikutkan aku sudah lama aku beritahu dia.. Tapi, aku takutlah.. Dia itukan orang kacak pasti sudah mempunyai teman istimewa.. Pasti cinta aku ditolak mentah-mentanya..” Aduhai pemalu jugak kawan aku ni..

Sedangku ralit melayani persaanku tika ini, Hazirah bersuara mematikan segala lamunanku ini..
“Eh Risya, aku pergi dahululah nanti bapa aku bising pulak nanti.. By the way, aku hendak mintak maaf dekat engkau atas kekasaran aku sebentar tadi.. Sepatutnya aku harus menyiasat dahulu sebelum melenting tanpa sebarang bukti.. Ini semua Hakim punya pasallah ni..” leter Hazirah sendirian.. Oh, jadi semua dalangnya  berpunca daripada  Hakimlah ya.. Kenapalah mamat itu sentiasa membuatkan hidupku menjadi tidak tentu arah?? Serabut benar fikirankun sekarang ini.. Selepas mataku menyoroti Hazirah pulang, mataku di alihkan segera lantas aku masuk ke dalam tanpa menjawab persoalan yang masih banyak di kepalaku ini.. Badanku kurebahkan jua.. Akhirnya, aku sendiri tidak sedar akan bila aku terlena diulit mimpi.. Semoga aku dapat menjalani ujianMu dengan tabah dan sabar..



Sampai di sana saja nanti kita sambung balik... hurm?? So, macam mane??
You can follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
1 Response
  1. Mr Hijack Says:

    Wahhhh my name...!!!! hik3... (terperasan sudah)

    Encik Penuiis.... karya anda memang best.... keep it up okay...! jangan putus asa... walaupun tak ada orang baca... (macam karya den punya.... sadisss... hik3) encik penulis angan putus asa.... mana tahu kan... nanti kot2 boleh adaptasi jadi sebuah buku? hurmmm?

    citer ni memang best... cepat2 uwat sambungannya keyh... tak sabar menunggu~~ hik3

abcs